JANGAN Buat, Ini Sebabnya!
.
Ada lelaki yang sanggup menggunakan pelbagai metode yang tidak masuk akal termasuklah menyapu ubat gigi pada zakar semata-mata ingin tahan lebih lama ketika berasmara dengan insan tersayang.
Adakah perbuatan ini boleh membantu atau cuma mengarut bagi anda? Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya.
Trend sapu ubat gigi pada zakar untuk tahan lama!
Segala kepercayaan mengenai perbuatan ini bermula di laman perkongsian video popular Youtube dan laman sembang Reddit.
Ia memaparkan sebuah video tutorial yang mengatakan bahawa perbuatan menyapu ubat gigi pada zakar mampu membuat seorang lelaki itu tahan lebih lama & tmbh saiz utk melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Video yang dimuat turun oleh seorang lelaki bernama Jose Barber kini sedang sohor kini dan paling membimbangkan, sudah lebih daripada satu juta individu menontonnya!
Menurut ‘tip kesihatan seksual’ di dalam video itu, perbuatan ini akan memberi beberapa manfaat terhadap lelaki antaranya menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi dan paling utama, membuat seorang lelaki itu tahan 30 minit lebih lama berbanding sebelumnya.
Jadi, adakah anda percaya dengan kenyataan ini?
.
Apa kata pakar tentang hal ini?
Jika anda percaya, maka anda juga tergolong dalam kalangan individu yang terpedaya!
Menurut James O’Loan yang merupakan seorang ahli farmasi dari United Kingdom (UK) mengatakan bahawa tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ubat gigi boleh membantu menyelesaikan masalah seksual.
Beliau yang juga menawarkan servis doktor dalam talian menerusi laman sesawang Doctor-4-U turut menegaskan orang ramai untuk tidak sekali-kali percaya bahkan mencuba metode ini.
Perbuatan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang atau disfungsi ereksi seperti yang digembar-gemburkan di dalam video tersebut.
Malahan juga, bahan yang terdapat di dalam ubat gigi seperti minyak pudina dan bahan kimia lain termasuklah agen peluntur, sebenarnya boleh membuat kulit yang sensitif mengalami iritasi yang ekstrem.
Apabila disapu pada zakar pula, ia mungkin akan membuat kulit pada bahagian sulit anda itu terbakar, melepuh lalu meninggalkan parut.
Tiada lelaki yang mahu perkara ini terjadi…
Sumber : hellodoktor[dot]com